Wednesday 28 August 2013

Kalau Dah Cinta 4



                “ Rasa sayang hey…rasa sayang..sayang sayang hey..”

                Ishh…suara siapa pulak yang tak berapa nak sedap tue , ganggu jer aku nak menghafal. Amilia merungut didalam hati.  Namun kepalaku tidak ku angkat untuk melihat siapakah dalang disebalik suara yang kurang enak itu. Aku teruskan dengan kerja ku. Sehinggalah diganggu oleh seseorang.

                “ Oh..pendek…oh pendek…”

                Asal macam dekat jer suara itu dengan aku. Ishh…, malaun mana pulak yang sesedap jus oren jer panggil aku macam tue. Dah la duduk didepanku tanpa minta izin. Ishhh..tak boleh jadi ini. Tengok sikit lah empunya wajah. Lalu aku mendongak melihat geragan suara itu. Nah, itu dia Si Toyol rupanya. Dah la suara tak sedap. Tersengih-sengih pada aku pulak. Macam la handsome sangat. Tapi memang diakui la Toyol nie handsome. Hahahahha. Kenapala Toyol  nie datang ke kelas. Ingat tak datang tadi, baru jer nak aman.

                “ Wei!!, kau apahal ha, pagi-pagi dah memekak, bingit tau telinga aku. Kalau suara itu sedap macam Anuar Zain tak apa la pulak, ini dengan suara katak pun katak yang menang.”  Sembur aku padanya sambil menuding pen kearahnya.

                “ Woii.., kawan-kawan, korang tengok la nie, pendek ma..rahhh. Ishhhh…, takut yer aku. Hahaha.” Sambil bertepuk tangan Zafran Aiman menempelaknya.

                Wah!!, ini sudah lebih nie. Saat ini aku melihat wajah Zafran Aiman dah macam guli dah kecilnya. Ishhh, nak jer ambil buat main baling guli-guli.

                “ Woi.., kau dah lebih nie. Agak-agakla nak kenakan aku pun. Apa pendek-pendek?. Mak bapak aku kasi nama baik tau buat aku. Amilia Batrisya. Cantik punya nama tue.” Dengar lantang aku bersuara. Wah!!, gila punya suara ini. Kalau la mak aku ada kat sini mahu terkejut beruk dia dengar suara anak dara kesayangannya yang bersifat lemah lembut bersuara kuat begitu. Hahahaha. Tak per mak kat kampung comfirm tak dengar. Hehehehe.

                “ Oo…, pendek ada nama rupanya. Ishh…ishhh.., apa nama pendek kawan-kawan?.” Jerit Zafran Aiman pada rakan sekelas kami.

                “ Amilia Batrisya @ pendek..” Bergema suara ahli-ahli  group Si Toyol the geng  sambil ketawa terbahak-bahak.  Macamla lucu sangat. GERAM!!


                Aku dah mula panas hati dah, lalu ingin menuju ke tempat dimana Zafran Aiman berdiri bersama kawan-kawannya. Namun langkahku ditahan apabila Sheila menunjukkan tanggannya ke arah pintu bilik kuliah dan terpampang muka Pn. Zaharah yang berkebaya cantik. Terus niatku dipendamkan sementara. Tunggula sekejab lagi siapla korang. Niatku didalam hati.

No comments:

Post a Comment