Wednesday 28 August 2013

Kalau Dah Cinta 5


Aku kembali ke tempat dudukku dengan memberikan jelingan tiga ratus enam puluh darjah kepada Si Mamat Toyol itu. Zafran Aiman hanya tersengih sambil menjelirkan lidah. Owhh!!, sikap dia nie memang kurang ajar. Nanti la kau. Ada ubi ada batas hari aku aku balas. Bisik hatiku.
            “ Amilia, nape kau layan perangai Zafran dan kawan-kawan dia. Makin kau layan makin kuatla diaorang permainkan kau. Batter kau buat tidak tahu saja. Jangan ambik peduli. Nanti diamla diorang. Peningla aku fikirkan motif pergaduhan korang berdua. ” Ujar Sheila setelah melihat aku kembali duduk disebelahnya,
            “ Owhh...” aku melepaskan keluhan. Apa yang Sheila beritahu aku tadi aku buat-buat tidak mendengarinya. Hati aku masih terasa sakit dengan sikap Zafran Aiman. Aku kadang-kadang berasa penat apabila setiap kali bertemu muka dengan Zafran Aiman. Pasti pertemuan itu akan meletuskan pertengkaran. Entahlah, aku sendiri kurang pasti kenapa lelaki itu sering menimbulkan pergaduhan dengan aku.
            “ Woi... Cik Amilia Batrisya..” Sergahan yang dibuat oleh kawan baikku telah menyebabkan aku menjerit sambil memeluk Sheila. Apabila kejadian itu berlaku maka....., ha, korang rasa apa yang berlaku?. Hahhaha..., apa lagi satu dewan kuliah gelakkan aku la. Disaat itu, wajahku sudah bertukar warna kerana semua aliran darah didalam tubuhku mengalir ke wajahku. Hanya Tuhan aje yang tau betapa malunya aku.
            Aku apa lagi, manusia pertama yang aku jeling dan tunjukkan wajah harimau jadianku adalah Sheila. Apahal, la mangkuk nie dah tau kawan baik dia nie alah pada kejutan yang dia suka hati tanpa minta izin aku kejutkan aku macam tue kenapa. Sheila mengangkat tangannya memohon maaf kerana telah membuatkan aku terkejut macam tue. Aku membiarkan sahaja dan memberikan senyuman padanya. Lagipun kalau difikirkan balik betul juga tindakan Sheila. Itulah caranya nak putuskan talian bila aku sedang dalam mood mengelamun. Hahahahha... Sheila memang kawan yang memahami.
            Aku ingin duduk kembali diatas kerusiku, namun belum sempat punggungku dilabuhkan diatas kerusi namaku dipanggil oleh Pn. Zaharah. Masak aku kali nie. Dah agak dah apa yang akan dibebelkan oleh Pn. Zaharah.
            Aku berjalan menuju ke tempat dimana Pn. Zaharah berdiri. Sambil tersenyum-senyum aku padanya. Namun melihat pada respon Pn. Zaharah menunjukkan senyumanku tadi tidak diterima. Ahhh..., kecewanya rasa hati. Hahahha... Aduh!, Amilia sempat lagi kau buat lawak. Bisik hatiku. Hehehe.
            “ Puan, ada apa puan panggil saya?” Ujarku padanya.
            Pn. Zaharah mencatatkan sesuatu didalam bukunya. Adus!, confirm aku dikenakan tindakan kali ini diatas gangguan yang telah aku buat tadi. Mak..Mak.., tolong mak, adik dikenakan tindakan disiplin. Uwaaa..., hatiku menjerit. Wah!!, kalau la mak ada didepanku saat ini aku dah peluk cium dia dah.
            “ Ya Allah Amilia Batrisya!!, Awak dengar tak apa yang telah saya minta tolong awak buatkan tadi? ”
Aku yang tersedar dari lamunan setelah namaku dipanggil dengan kuat oleh Pn. Zaharah terus terkumat -kamit untuk mengeluarkan suara.
“ Amilia, kenapa dengan awak hari ini. Semua tidak kena saya melihatnya. Dari tadi saya perasan yang awak hari ini banyak mengelamun. Awak ada masalah dalam keluarga or ini semua ada kaitan dengan masalah bercinta.? ” Soalan yang ditanya oleh Pn. Zaharah membuatkan dada aku berdebar dan otak aku berhenti berfungsi. Adus!!, semua itu tidak ada kaitan. Tolong aku Sheila.
“ Puan, saya tidak ada masalah keluarga or masalah dalam bercinta kerna saya masih single.” Aku menjawab soalannya. Aku terdengar suara kawan-kawan sekuliahku ada yang tergelak apabila mendengar jawapan yang keluar dari bibirku tadi terutamanya Si Toyol and the geng.
“ Puan, Amilia mana ada orang nak puan. Dia kan pendek. Lagipun siapa yang nak kan perempuan macam dia ini puan. Dah la selekeh, garang, cantik jauh sekali dan yang paling penting dia pendek.....” Zafran Aiman menlaungkan kata-katan hinaan padaku.
 " Wah!!, selamber badak aje Toyol nie menyampuk urusan aku dengan Pn. Zaharah. Eee.., dia nie kan memang dasar Toyol mulut lembik la. Harab muka jer macho tapi mulut cam pompuan"
Dalam hatiku Tuhan sahaja yang tahu. Aku memandang wajah Zafran Aiman dengan pandangan yang tajam sekali. Kau memang dah kurang ajar Zafran Aiman. Aku menahan marahku dari meletus keluar. Lagipun aku sekarang berada bahagian hadapan bersama Pn. Zaharah.
Zafran Aiman yang membalas pandangan ku sambil tersenyum sumbing padaku tanpa rasa bersalah terpamer diwahajnya. Didalam hati aku beristifar beberapa kali untuk menghilangkan rasa amarah pada Si Toyol ini. Sabar ajela dengan Toyol nie. Kalau kecik-kecik aku penyet-penyet buat cekodok pastu cekodok tue aku kasi baik punya nama cekodok Si Toyol Sengal. Hehehe.. Confrim lau jual boleh laku.
“ Puan, apa yang puan mitak tolong saya tadi.” Aku bertanyakan tentang soalan yang dia tanyakan tadi.
“ Oh, ya hampir terlupa saya tadi kerana asyik melayan karenah awak semua.”
“ Saya nak mintak tolong awak sediakan surat kepada ibu bapa mengenai majlis perpisahan yang akan kita adakan nanti. Boleh tak Amilia?”

Pn. Zaharah menerangkan padaku. Lalu aku menganggukkan kepala tanda permintaannya akan aku siapakan. Lalu dia tersenyum padaku dah aku kembali ke tempat dudukku tadi.

No comments:

Post a Comment