Wednesday 28 August 2013

Korang... Jom layannn.....

Kalau Dah Cinta 1

“Zafran Aiman, nama lelaki ini membuatkan jiwa aku menjadi sakit malah kalau di  ikutkan hati nak sahaja aku penyet-penyet muka dia buat jus limau. Perangai mengalahkan Toyol, kenapalah, aku perlu mempunyai rakan sekelas dan sekumpulan yang bodoh sombong macam dia. Aku tahulah dia anak datuk tapi jangan pula nak berlagak dengan aku. Menyampah”. Amilia merungut didalam hati sambil tangannya lincah menaip assignment yang diberikan oleh Prof Zainal. Sedang aku leka menaip pintu bilikku diketuk dari luar. Dengan malas aku bangun dan menuju ke pintu. Apabila pintu dibuka Sheila kawan baikku tersengih padaku.
            “ Apasal muka kau nie Amilia. Dah macam buah mempelam dah aku tengok gaya masamnya. Cuba kau senyum sikit kan manis.” Ujar Sheila sambil melompat naik ke atas katilku. Nasib baik kurus macam lidi kalau tak mahu aku malam ini tidur beralaskan tilam.
            “ Kau apa tahu Sheila, Si Mamat Toyol itulah yang buat muka kawan baik kau yang cantik meletup ini masam macam buah mempelam. Ada ker patut muka aku yang cantik ini kau samakan dengan buah mempelam. Kalau kau samakan dengan buah anggur ok la jugakkan. ” Ujarku sambil membaling bantal kecil angry bird ke wajah Shiela dan kami sama-sama ketawa. Itulah aku dengan Sheila.
            “ Oh, yer ker Amilia, aku tak tahu pulak la dalam kelas kita ada nama Toyol. Ishh...budak baru ker Amilia handsome tak? . Sheila sahaja menaikkan suhu kemaharan aku. Ini yang buat aku rasa nak jadi harimau jadian nie. ”
            Aku memandangnya sambil menjeling tiga ratus enam puluh darjah . Ha, korang fikirla sendiri macam mana gaya jelingan aku. Hahhaha. Tanpa membuang masa apa lagi aku terus menerkam Sheila yang kurus kering itu. Mahu menjerit dia. Padan muka. Kemudiannya kami sama-sama ketawa dalam kepenatan.
            “ Ok.. ok.., aku angkat bendera putih la macam ini Amilia. Kau nie tak padan kecil tapi ganas. Tapikan Amilia, aku pelik la apa yang Si Zafran itu buat pada kau sampai muka kau serabai macam ini sekali.”  Tanya Sheila padaku.
            “ Kau nak tahu Sheila ada ker patut semua assignment yang Prof Zainal bagi pada kita suruh buat dalam kumpulan tapi Si Mangkuk Hayun@ Toyol itu suruh aku buat sorang-sorong. Tak ke Toyol itu namanya. Dia ingat aku ini apa, adik beradik dia or buah hati dia agaknya .”  Aku menceritakan dengan penuh semangat tapi sebaliknya Sheila tergelak-gelak padaku. Tengok pada gaya kawan baik aku ini gelak macam aku dah buat lawak antarabangsa tapi rasanya aku tidak ada membuat lawak. Ishh..., ini segaja nak menguji kesabaran aku la nie. Hidungku sudah kembang kempis dah. Ada yang kena makan malam nie.
            Sheila memandang aku dengan muka kasihan sambil mengangkat kedua belah tangannya tanda mengalah. Ha, tahu pun takut. Aku nie tubuh jer kecil tapi tenaga kuat tau. Hehehe..
“ Amilia, aku pelik la dengan Zafran tue, yer la kan, aku tak faham kenapalah dia suka cari gaduh dengan kau. Apa yang dia benci sangat pada kau Lia?”
“ Entahlah, aku pun pening memikirkan sikap Toyol itu. ” sambil mengeluh aku menyambung kembali kerja yang bertangguh tadi. Kalau dilayan Sheila maka tidak siap la kerja aku dan kalau itu terjadi makin kuat la Si Mamat Toyol itu malukan aku.
“ Kau sabar ajer la Lia, lama-lama nanti mesti dia baik dengan kau. Entah-entah buat kau jadi buah hati pengarang jantung dia. Bertuah badanla kau Amilia dapat kahwin anak datuk.”

            “ Uhh!!, tak hingin aku, kau kalau nak tidur bilik aku baik kau diamkan mulut kau itu. Nanti tak pasal-pasal malam ini orang lain tidur atas katil kau tidur atas simen. ” Ujarku pada Sheila sambil memandang wajahnya dan dia menghadiahkan jelingan maut padaku . Tahu kau takut. Hahhaha...

No comments:

Post a Comment