Wednesday 28 August 2013

Kalau Dan Cinta 2


                Aku terus menyambung membuat assignment yang tertangguh tadi.  Mataku sudah semakin kecil, namun aku terpaksa gagahi juga agar semuanya siap sempurna. Untuk menghilang rasa mengantuk aku memasang radio dan channel pilihanku disaat ini tidak lain dan tidak bukan adalah Sinar FM. Aku berasa tenang setiap kali mendengar celoteh Dj Lin. Best sangat suara dia lemak-lemak merdu.
            “ Sheila… oo… Sheila.., kau dah tidur ker?, senyap jer. Biasa yer  kau yang terlebih excited bila dapat mendengar suara kakak kau nie aka Dj Lin. Hehehe. ”  Aku memanggil kawan baikku itu tapi nampaknya tiada respon lalu aku berpaling dan… tue dia minah nie sudah tertidur rupanya.  Dah la tidur terlentang macam lembu kekenyangan. Ishh…, tak baik tau cakap macam itu pada kawan baik sendiri becouse diri sendiri pun sama. Hahhaha.. Amilia…Amilia..
            Jam locengku sudah menunjukkan ke angka dua pagi. Wah, ini dah terlebih rajin nie aku. Mata pun dan semakin sepet dah. Aku bangun dari kerusi lalu menuju ke toilet untuk mengambil wuduk  kerana ingin solat sunat hajat kemudian barulah aku boleh beradu dikatil bertilam empuk lagi lembut kesayanganku ini.

“Amilia!!!!!, Bangun la oii..”
Aku merasakan ada suara seseorang memanggil namaku.  Ahh.. , ganggu aje la. Aku belum puas lagi tidur. Aku menutup telingaku dengan bantal dan kembali menarik selimut angry bird. Mataku masih tidakku buka.
 “ Wah!!, ini sudah lebih nie. Ingat aku ini apa, dah la tidur terkangkang macam tue. Tak senonoh betul harap muka jer cantik. Jaga kau Lia, ooo.. tak nak bangun yer. Kau tunggu jab aku pergi ambil sesuatu yang membuatkan kau bangun. Hehehe..” Sheila membebel dan akhirnya tersenyum. Idea jahat sudah muncul didalam otak kepalanya. Rasakan. Hahhaha…
            Terlompat aku bangun dari katil apabila merasakan ada air menyimpah diwajahku. Aku mendengar ada suara seseorang ketawa terbahak-bahak. Apabila aku perpaling  kearah datangnya suara itu , haa, itu dia kawan baik aku ini sedang ketawa  baik punya sambil ditangannya ada baldi pink kepunyaanku. Otakku ligat berfikir dan OMG aka oh my god rupa- rupanya air yang menyimpah aku sewaktu sedang lena tidur datangnya dari perbuatan dia. Aku mempamerkan wajah harimau jadianku dan  meluru ke arah Sheila.
            “ Beb, sorry… sorry, aku terpaksa tau. Bukan sengaja ok. Tapi bila lagi aku nak kenakan kau. Hehehe. ” Ujar Sheila sambil tersengih.
            “ Woi!!,  apa kau cakap tadi aku kurang dengar ulang balik. ” Aku menunjukkan muka marah padanya. Sheila mempamerkan wajah cuaknya padaku. Ekoran dari kejadian itu kepala aku dah berdenyut-denyut . Confirm migraine selepas ini.
            “ Sorry…sorryla Amilia. Aku serius tak sengaja tadi. Aku kejutkan kau bukan main lagi liat nak bangun. Itu ajer yang otak aku sempat berfikir diwaktu itu.  Sorry la beb. Lagipun sekarang dah pukul sepuluh pagi. Kelas kita pukul sebelas pagi. Kalau aku tak ambil tindakan drastik macam itu jawabnya kita kena lecture la kat Pn. Zaharah. Sesak telinga aku beb. ” Sambil memeluk bahuku Sheila menjelaskan duduk perkara yang sebenar. Ha..ha..ha.., dalam hati aku nak tergelak jer bila lihat wajah cuak Sheila. Aku saje- saje jer tadi buat-buat marah. Lagipun setakat kena simbah air satu baldi dah jadi perkara biasa dah. Mak aku biasa buat. Hehhehe..
            “ Ok, la Sheila. Aku nak mandi dan bersiap sekejab nie. ”  Ujarku padanya sambil tangan mengambil kain tuala diampaian  lau membuka pintu toilet dan menutupnya. Namun sebelum itu aku memanggil Sheila yang kelihatan muram wajahnya mungkin berasa bersalah dengan sikapnya padaku tadi. Sheila berpaling padaku.
            “ Sheila, kau nak tahu something tak? ” Tanyaku padanya.
            “ Apa dia, cakap jer la. Aku dah nak ke bilik aku nie. Nak ambil buku.” Sedih sahaja nada suara Sheila. Aku hanya tahan masa untuk melepaskan gelak yang ku simpan dari tadi.
            “ Sheila… sebenarnyakan.. aku…”
            “ Kau nie dah kenapa Amilia, cakap jer la. Nie tergagap-gagap bagai.”
            “ Kau jangan marah tau kalau aku cakap?” Ujarku padanya.
            “ Bergantung pada soalan.”
            “ Sebenarnyakan, tadikan aku saje-saje jer buat-buat marah pada kau. Nak test kau punya kesabaran. Aku setakat kau nak simbah guna sebaldi air tak ada halnya la kerana mak aku dah biasa buat.” Habis sahaja aku berkata, aku melihat Sheila menapak kearah aku dengan wajah bengang dan aku apalagi terus menyilap masuk ke dalam toilet dan mengunci pintu. Fuhh!, selamat.
            “ Kurang asam kau Amilia. Pagi buta lagi kau dah kenakan aku. Ishh…, ini yang buat aku rasa sejuk panas sejuk panas nie. Kau buka pintu ini Amilia, ”

            Aku hanya tergelak didalam toilet. Lalu meneruskan proses mandian dan menyucikan badan  sambil menyanyi la..la..la..la..

No comments:

Post a Comment