Wednesday 28 August 2013

Kalau Dan Cinta 3


“ Amilia!!,  cepat la sikit keluar kau tak siap lagi ker. Kita dah lewat nie ”. Sheila memanggil aku. Aku segera mengambil beg sandangku lalu menuju ke tempat Sheila menunggu. Nasib baik la rumah sewa kami tidak jauh dari pusat pengajian.
            “ Asal kau nie Lia. Dah la bangun lambat, siap pun lambat. Kau lihatla tudung yang kau pakai itu dah senget dah.” Sheila berkata sambil tangannya lincah membaiki tudung yang ku pakai. Aku hanya tersenyum padanya.
            “ Ala, bukan salah aku pun. Ini semua gara-gara Si Mamat Toyol itu la. Kau tahu tak Sheila, malam tadi pukul dua pagi tau baru aku tidur, Kau tak apa la assignment en. Abang sayang yang tolong buatkan.” Tempelak aku padanya. Sheila membuat wajah tak bersalah dan serta merta mukanya sudah bertukar merah. Malu la tue. Nah!, ambik kau sebijik, itula tak habis-habis membebel kat aku. Hehehe.
            Fuhh!!, nasib baik Si Toyol itu masih belum ada di dalam dewan kuliah. Kira selamat aku dari mulut laser tahap kronik itu. Sambil tersenyum-senyum aku mengambil tempat dudukku di barisan ke dua hadapan. Nak cepat ilmu masuk ke dalam otak kenala duduk dibahagian hadapan. Itu nasihat mak aku kat kampung. Hahhahaha.., tapi aku duduk dibahagian hadapan adalah semata-mata tak nak di ganggu oleh Si Mamat Toyol .
            “ Nape kau macam dah terlebih sengih ini Amilia. Tadi bukan main muncung boleh diikat dengan tali.” Sheila bertanya padaku. Aku tersenyum lagi padanya.
            “ Aku tengah happy ini Sheila. Si Toyol itu maybe dah tak hadir ke kuliah hari nie. ” sambil tersengih-sengih aku menjawab.
            “ Woii..., Lia, jantan mana pulak yang kau panggil toyol ini Lia?” Sheila menunjukkan wajah blurnya. Hahhaha, kesian. Pasti terkejut dia kalau  toyol itu adalah Zafran Aiman Datuk Ariffin.
            “ Woii.., jawabla aku tanya nie. Ishhh...” Sambil menepuk pehaku Sheila berkata.
            “ Siapa lagi kalau bukan lelaki idaman perempuan-perempuan disini Cik Sheila Amira Datuk Kamal ” .  Habis sahaja aku berkata Sheila sudah ternganga luas mulutnya. Sah, terkejut la tue. Aku dah agak dah. Hhahahha..
            “ You mean Zafran Aiman Datuk Ariffin ??”
            “ Yes! !”
            Aku mengambil nota ringkas yang aku buat untuk dibaca sementara menunggu Pn Zanariah datang.
            “ Kau gila Lia panggil mamat handsome itu Toyol. Dah la malam tadi kau panggil dia Si Mamat Toyol, Mangkuk Hayun. Iashhh..., suka hati kau jer panggil dia macam tue. Kecian tau. ”
            “ Uwekkk, ada aku kisah. Suka hati aku la mulut aku Cik Sheila oii.”
            “ Ishh..., tak faham la aku dengan prinsip yang korang bawa ini. Sorang Toyol dan sorang lagi pendek. Elok sangat la korang ini aku bagi kahwin. Agaknya baru aman kelas kita. Tak gitu Cik Amilia Batrisya Yahya? ”  Sheila senyum penuh makna. Didalam otaknya sudah ada rencana. Hehehehe..
            “ Wah!!, sedap mulut kau Sheila. Ini yang buat jantung aku berdenyut melebihi hak sebagai manusia normal ini.”  Ujarku padanya sambil menepuk bahunya. Cuba Korang bayangkan macam mana agaknya keadaan aku bila jantung berdenyut melebihi hak asasi seorang manusia, Kikiki... Amilia..Amilia..



No comments:

Post a Comment